Saturday, May 21, 2011

C.I.N.T.A

pergh!!! kali ni tajuk post bob makin ganas!!! oh tidak! bahaye nih... kira dah tahap kritikal gak ni... haha!!!

okeylah... biar bob jujur je lah... kenapa bob sibuk sgt nak cerita tentang cinta ni... mcmni..
sejak akhir2 ramai member2 bob yg sibuk bercinta... bukan mcm dulu... ckp je pasal cinta semua ingat cinta tu sekadar suke2 je... tp skng ni dah serius.. maklum la... masing2 dah tua... ramai kawan2 bob yang mencari cinta sejati lah... cinta sampai mati lah... so sbb ni la bob nak kongsi ilmu sikit ngan korang.. walaupun bob tak sedia lg nak bercinta secara serius.. tp bob dah blajar sikit2.. maklum la... tambah ilmu la katakan... hehe..

cinta? ape yg korang tau pasal itu cinta? tp sblum tu bia bob kasi tau korang ape tu sifat cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta. hurm... korang paham tak? kalau tak paham buat2 paham sudah... sbb bob malas nak explain bnyak2..

dan seterusnya bia bob bgtau korang sejak bila sbnanrnya kita belajar dan tau ape itu cinta..
hurm..

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih. ha! ni kalau tak paham jugak mls dah nak ckp dah... lantak korang lah!! hehe

haha.. yang seterusnya... bob amik sikit perkataan yang selalu kita dgr.. "cinta itu indah" haaaaaa korang paham tak ape maksud kejadah tu? kalau tak tau.. meh bob bgtau sikit.. ti ni pendapat je la ye..

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih. ni mmg gune mcm bahasa purba sikit.. ko pandai2 la korang pk ye... hehehe

tapi ade jugak yang cakap cinta itu hidup... tapi dia hidup mcmana? macam bob gak ke.. kne makan nasik... isap rokok? hehe...

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. haha ganas tak ayat nih!!! mati woooo! mcm citer kongsi aritu bob tgk "lu langsi lu mati" wakakaka!

dan seterusnya korang mesti penah dgr perkatta "cinta suci" ape yg suci sgt... suci ke kita semua ni... hehe.. saje gurau.. jgn marah ea.. hehe nah ni cinta suci korang..

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. hahah! hambik ko... pesanan bob kat korang skng ni... suci2kan lah diri tu ye... wakakaka!! panas.. panas..

huhu... kali ni cinta persona pulak... haha.. ade sape kat sini penah drive proton persona tak? amacam sedap tak bwk kereta tu? hehehe tp cinta persona mana sama dgn cinta yg mempersonakan... meh bob kasi tau sikit n kasi korang paham sikit ye... sikit je.. hehe


Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta. senyum2 je lah ye... dan bersyukurlah kepadanya kerana kita masih lagi ada masa untuk mencari kebaikan dan belajar dari kesilapan ye... hehe

oklah... ni tajuk yang last yang cikgu bob akan ajar kat ulos... kalau sblum ni korang rase panas.. ni meh bob tambah sikit... tp jgn sampai terbakar pulak.. hehehe sbgai pasangan couple yang biase2 je mcm bob ni... kita mesti selalau dpt soalan dari pasangan kita... "kalau u cintakan i ape bukti" hehe biase kan dgr soalan tu... tp meh sini lg sekali bia bob bg pandangan apekah itu bukti cinta..

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -


hurm.. rasenya cukup la sampai sini bob membebel utk kali ni.. dan bob akan doakan kepada semua kawan2 dan rakan2 ataupun sedare mare yang dok sibuk bercinta tu... bahagia dan temukan cinta yang betul2 cinta.. dan kalau kawin jgn lupe ajakbob k.. make sure ada lobster baru bob dtg,,, i love u all.. muah!!!!


No comments:

Post a Comment