Monday, September 14, 2009

secara tiba tiba....

ari ni ada someting yg membuatkan bob ketawa pagi2... ceritanya bermula disini...

Pada satu hari yg biase n cuace yang biase bob pun bangun mcm biase samblil dikejut oleh rakan sepejabat bob "kak jue" so bob pun mandi mcm biase n siap2 nak g kerja... oh! ari ni ari selasa... tngal lg berape ari jew bob dh nak abis intern...

pas bob siap2 bob pun trus g uma "baha" then kiteorang pun trus ar gerak g AT1 ...
secara tiba tiba... time bob sampai tu ade seorang makcik sekali lagi secara tiba tiba... terus membukak pintu kereta "bapak aku" n cuba untuk masuk... time tu "baha" dh rase aneh giler... n bob lg ar mcm pelik tahap kambing terbang... tp kiteotang just buat muke mcm biase je...

urm... sbnarnya bob berenti kat simpang AT1 tu sbb nak amik kak atul & kak jue..
tp ari ni bob dapat lg satu penumpang yang sememangnyer cool... hehehe

agaknyer mesti sbb minyak wangi aura yang tertumpah kat dlm kereta bob semalam... tu yang sampai makciktu berselera nak naik kereta "bapak aku" tu... huhuhuhu

dh la mase dlm kereta tu makcik tu mcm diam jer... maybe dia segan kowt.... takpe la makcik... setakat nak join bob g kota tu bob mmg tak kisah n ikhlas... tapi tolong la jgn wat pekara yng ade unsur unsur secara tiba tiba terkejut taw~

hehehehe...

Sunday, September 13, 2009

ape ni..


"MEMANG menyakitkan bila ada budak-budak memanggil saya gemuk. Tapi apa boleh buat, mereka hanya kanak-kanak.

"Kadang-kadang saya sengaja menjadikan diri sendiri sebagai bahan lawak kerana daripada orang gelakkan kita, lebih baik kita gelakkan diri sendiri. Ia kurang menyakitkan," kata Norlitha Ahmad, 28 yang menghadiri uji bakat rancangan realiti televisyen (TV) menurunkan berat badan, The Biggest Loser Asia, baru-baru ini. Bertempat di Fitness First Centre, The Curve, Mutiara Damansara, seramai 250 individu bersaiz 'comel' tampil menghadiri uji bakat itu.

Enggan mendedahkan kepada UMUM! berat badannya yang sebenar, Norlitha menyimpan hasrat menggunung untuk mengurangkan berat badannya, sekurang-kurangnya mencecah 100 kilogram (kg).

Mengalami masalah obesiti sejak kecil, Norlitha sudah bosan didiskriminasi. Sukar untuk mendapat pekerjaan, wanita berjiwa kental ini sentiasa percaya rezeki ada di mana-mana sehinggalah dia diterima bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah bank.

"Sebelum ini, walaupun berat badan saya selalu ditertawakan, namun saya tidak begitu mengambil kisah. Tapi, bila mengenangkan orang gemuk lagi besar risikonya untuk mendapat penyakit dan umur saya pun sudah 28 tahun tapi masih belum berpunya, saya yakin inilah masanya untuk berubah," katanya.

Tambahnya lagi, selepas menonton The Biggest Loser Amerika Syarikat yang popular itu, dia mula bersemangat untuk merubah nasib. Dia sudah mula membeli pakaian senaman, berjoging dan sebagainya. Beratnya mampu diturunkan sebanyak 5kg.

"Saya percaya, kalau ada lebih 'desakan', saya mampu mengurangkan lagi berat badan saya. Itulah sebabnya saya menghadiri uji bakat ini," ujarnya merujuk kepada pertandingan berlumba untuk mengurangkan berat badan itu yang mementingkan aspek berdisiplin.

Lebih membuatnya semakin bersemangat ialah sokongan yang diberikan rakan-rakannya. Kira-kira 20 orang rakannya hadir memberi sokongan jitu padanya pada hari uji bakat dengan menaikkan kain rentang dan mengenakan pakaian sedondon berwarna merah.

"Kalau ikutkan hati, saya malu untuk tampil di sini. Ya lah, tampil ke sini seolah-olah mengakui yang kita gemuk. Tapi, saya beruntung walaupun dalam kekurangan begini, saya masih mempunyai rakan-rakan dan keluarga yang begitu menyokong saya. Sokongan mereka sentiasa terbayang di mata saya," katanya terharu.

Bagi Kalaivani M.S. Pillay, 33, yang mempunyai berat badan 140kg, ejekan mengenai saiz badannya ialah perkara biasa tetapi dia merupakan seorang yang sentiasa berfikiran positif. Namun, guru bahasa Inggeris itu sedar, berat badan yang berlebihan harus dikurangkan. Jika tidak, ia akan menimbulkan masalah kesihatan kepadanya kelak.

"Saya tak mahu mati cepat dan saya inginkan kehidupan yang sihat. Saya mengimpikan masa untuk bersama keluarga, melihat segala perubahan dan menikmati kegembiraan," katanya penuh makna.

Kalaivani sudah berumah tangga selama dua tahun, namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin dengan menurunkan berat badan, masalah itu dapat ditangani. Kalaivani mengakui, keinginan untuk memiliki anak memotivasikan dirinya untuk menurunkan berat badan. Suaminya, Krishan Kumar sentiasa memberi dorongan yang tiada sempadan.

Kalaivani berkata, dia bukanlah jenis yang banyak makan, tapi mungkin waktu makan yang tidak menentu mendorongnya memiliki berat badan berlebihan.

"Saya ada tabiat suka mengunyah di depan televisyen menyebabkan saya susah untuk menurunkan berat badan," katanya.

Menyentuh tentang masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia, Kalaivani berkata, gaya hidup masyarakat Malaysia yang kaya dengan makanan turut memainkan peranan.

"Makanan berada di mana-mana, harganya murah dan dibuka sepanjang hari. Cuba bezakan berapa banyak gim yang kita ada berbanding dengan kedai makanan yang dibuka 24 jam sehari?" soalnya.

Bukan sahaja berkenaan kesihatan, Kalaivani juga berkata, berat badan berlebihan telah memberi masalah besar kepadanya untuk mencari pakaian.

"Kebanyakan baju bersaiz besar mahal harganya dan bukan semua tukang jahit pandai menjahit baju orang yang berbadan besar. Kadang-kadang bila dah siap, baju itu tak selesa dipakai," katanya.

Bagi Melinda Koo, 31, dia telah berusaha sejak pada zaman universiti lagi untuk mengurangkan berat badan. Antaranya dengan mengunjungi pusat-pusat melangsingkan badan dan telah berhabis lebih RM20,000.

Tidak cukup itu, dia juga telah mendaftar sebagai ahli sebuah gimnasium di ibu kota namun, segala usahanya tidak menampakkan hasil.

Sukar mencari saiz pakaian, Koo berkata, pernah satu ketika dia dihalau oleh pengawal sebuah hotel gara-gara memasuki kolam renang dengan memakai baju T dan seluar pendek.

"Kawan-kawan seusia semua telah menamatkan zaman bujang dan saya sering menjadi perancang perkahwinan. Kemudian, menjadi perancang untuk majlis anak mereka pula.

"Saya ingin merasai pengalaman yang tak pernah saya rasai sebelum ini kerana itu saya perlukan bantuan untuk menurunkan berat badan," katanya yang mempunyai berat badan 112kg dan mempunyai 67 peratus lemak dalam badan.

Koo mengakui bahawa dia mempunyai tabiat pemakanan yang buruk dan gemar makanan yang bergoreng.

"Macam mana saya berusaha sekali pun, jika saya tidak mampu mengawal pemakanan saya, usaha saya akan menjadi sia-sia.

"Saya tidak mahu masalah ini membelenggu hidup saya selamanya," kata Koo.

facebook!!!

skng ni aku rase facebook aku mcm dh tak best n boring ble bukak...
sbbnyer... takde gamba2 baru!!!! kalau dlu ada je gamba2 baru yg bleh aku update...
maklumla time blaja dlu member aku mmg terer bab amik2 gamba ni.... bibo... along.. pic diorang mmg best... ditambah plak tu ngan komen2 yang hebat dari pengkritik2 yg sgt bertauliah... yg paling otai sekali erm... entah la... heheh...

argh!!! raye dh nak dekat ni.. rindu siot kat kekawan aku.... huhuhu... ble nak jmpe?
ble nak belanje aku makan lobster?

along.bibo.anorm.acap.naqib.umi.tika.syira.
aku rindu kat korang sumer!!!!!!

Friday, September 11, 2009

hidup oh hidup

ade yang kate idup is beautiful... ada yang kata tak.. tapi kenapa idup bob mcm kosong jer... entah la... nak kate kurang makan? mustahil!! kurang duit? maybe~ .. takde awek? mmg pun?

bob? ko takde try nak cari awek ke?
"ade gak.. ske kat someone tu.. tapi... erm... entah la john... aku puntak tau...

bob? ape ko nak buat pasni?
"entah la john.. aku pun tak tau..."

bob? kenepa ko mcm ni?
"mengapa gitu~"

Thursday, September 10, 2009

blog oh blog..

6 sebab kenapa bob tak update blog dia?

  1. sbb dia malas.
  2. takde internet kat umah dia.
  3. tak tau nak tulis ape kat blog.
  4. sbb dia rase takde org yg nak tgk blog dia.
  5. sbb dia tak pandai nak main blog.
  6. (yg paling penting) sbb bob orang kampung~hehehehehehe!!!


puasa oh puasa..

kenape ko tak puasa!

ade ke patot kedai kat depan opis aku dah bukak pukul 11am..
time dia masak... pergh!!! bau dia... tak bleh tahan beb...
ade gak la terkantoi sekali dua...
bob g beli makanan kat situ... alasan...tak sahur!...
hehehe... korang jgn tak puase tau~ heheh